Post by panchabayu on Sept 1, 2010 5:23:03 GMT -5
Sejarah Lagenda Perguruan Garuda Sakti
Benar, tanah air mesti dipertahankan dari penjajahan walau dengan cara dan ilmu apa pun!
Dari Janatagan Apdeling, Blora Indonesia.... Bapak Hj.Supathir bersama Sukarno dan Sultan Shahril terus menerus menentang Belanda, hingga mata pedang tidak lagi berkilauan hingga nampak kilaunya melainkan dipenuhi dengan warna merah darah, semerah selempang merah yang menyilangi dada. Dari situ beliau berangkat ke Pulau Riau bagi meneruskan penentang penjajah. Belanda mesti ditumpaskan dan pejuang pejuang Garuda Sakti mesti berterbangan, beribu nyawa Belanda yang tumpah dengan kepala terpenggal, bergelimpangan. Dari situ beliau berangkat ke Tanjung Pinang dan ini adalahdestinasi yang terakhir.
Esoknya, selepas mengimamkan penduduk Tanjung Pinang, selepas berdoa dan memberi kata semangat, bapak kembali menyarungkan selempang merahnya melilit dada, disisipnya pedang jihad dipinggang lalu digenggamnya kacang hijau tempat dia berpijak, seraya berpaling menghadap makmum dihalaman
masjid, beliau memberi keyakinan. Inilah ilmu Allah yang suci murni, sesuci tanah tempat kita berpijak dan kembalikan, jangan gentar, tetapkan iman ingatlah wahai hamba Allah bahawa di sini hanya sementara, akhirat itulah kita kekal. Yakinlah, Allahhuakbar. Allahhuakbar. Allahhuakbar. Serentak dia melemparkan kacang hijau yang tergenggam lalu mengujudkan sekian banyak tabuan
hingga bunyinya membingitkan telinga dan hilang sekelip mata, mencari Belanda si penjajah. Menyengkap air matanya sewaktu ditemui baru-baru ini. Baginya
perjuangan menentang penjajah dari zaman Belanda hinggalah ke Jepun, Inggeris mahupun komunis adalah nostalgia yang tidak mungkin dapat dilupakannya. Sahabat yang menggabung nyawa dan gugur di medan juang baginya adalah satu pemergian
yang tidak mungkin dilupakan, mereka hidup bagi bapak!, Kata Bapak Supathir.
Menurut beliau lagi, selama dua hari dua malam bapak bersama Sukarno dan Sultan Shahril menentang penjajah secara
habis-habisan. Mereka mengetuai penduduk kampung dan kumpulan masing-masing, dan selama itu mereka sudah meragut hampir satu juta nyawa penjajah
Belanda. Anak bayangkan sahaja, pakaian dengan selempang sudah sama warna , dari hulu pedang hingga ke hulu tempat digenggam dibasahi darah, hingga darah tidak sampai kering, hanyir! Selepas dua hari bapak henti rehat kemudian tidak
lama dari itu Indonesia mencapai kemerdekaan.
Sambung beliau lagi, ketika umur bapak 45 tahun, bapak sudah berhijrah. Ketika tahun 1945, bapak sudah berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu dan menetap di Kota
Tinggi. Waktu Sukarno diangkat menjadi Presiden Indonesia yang pertama, bapak dipelawa oleh beliau untuk menjadi timbalannya tetapi bapak enggan bahkan Sultan Shahril juga memujuk. Namun hati bapak berat untuk memegang jawatan itu, tambahan lagi bapak sudah mendirikan rumahtangga dengan orang semenanjung dan hampir semua pertempuran di Tanah Melayu sudah bapak saksikan sendiri dan mengikutinya. Dari Jepun, Inggeris hinggalah 13 Mei, begitu juga sewaktu memerangi Komunis berbintang Tiga, peristiwa begitu membuatkan bapak rasa Tanah Melayu ini sebagai tanah lahir bapak sendiri.
Kembali menyingkap akan kehebatan ilmu Garuda Sakti yang diamalkan oleh Bapak Supathir, beliau yang dilahirkan pada 1913 di Indonesia bertempat di pendalaman Apdeling
Blora yang berasal dari keluarga geladangan mengakui, " Sepanjang pengalaman bapak dari seberang ke semenanjung dan selepas menemui guru-guru keimuan kebatinan, bapak belum temui lagi sebarang ilmu yang dapat menandingi kehebatan Garuda Sakti. "
Sambung beliau lagi, " Sudah 138 guru persilatan dan kebatinan yang bapak temui di Semenanjung kesemuanya jika mahu diukur tolak jika mahu dicontohkan pada ukuran
manusia, ilmu kebatinan di Malaysia ini, tingginya paling lebih hanya setakat paras buku lali kaki bapak sahaja. Bukannya bapak mahu menyombong diri dengan ilmu Garuda Sakti, tetapi jika sesiapa yang ingin mengakui dirinya handal, ya, silakan ke mari! Jika setakat kebal tidak mampan senjata, dengan setakat tangan
kosong sahaja bapak boleh bunuh. Jika tidak muntah darah, jangan panggil bapak! Silakan berludah dihidung bapak, bapak rela! "
Tambah beliau lagi, di dalam kebatinan Garuda Sakti, ada beberapa perkara yang menjadi kepantangan bagi pengamalnya. Diantaranya kepantangan itu adalah tidak boleh melakukan dosa-dosa besar jika mahu mengamalkan semula terpaksa
menyeberangi laut untuk memandikan mereka.
Selalunya pengamal yang melanggar pantang akan dimandikan di Pulau Besar, Melaka. Ditanya mengapa pulau dijadikan tempat dimandikan, jelas beliau, " kerana Nabi Allah Adam, sewaktu diturunkan adalah di pulau dan terpaksa menyeberangi lautan
untuk mencari Hawanya semula. "
Tambah Haji Supathir lagi, bagi pengamal-pengamal Garuda Sakti, zikir adalah kekuatan rohani hingga mereka yang berjaya akan mampu menembus diri sekalipun lubang cahaya hanya sebesar jarum sahaja, seperti katanya, " dikatakan ilmu telus cahaya atau tembus udara, jika udara mampu bergerak masuk kita juga bisa? Ini
dipanggil Sukma Rogo dimana nafas Anum ( halus ) memainkan peranan penting
".
Di dalam soal zikir menurut beliau lagi, zikir ditambah tingkat tertentu bagi mereka yang mencapai selempang merah dimana waktu subuh, zikirnya 555,
manakala Zuhur 444 zikirnya, Asar 333, Maghrib 222 dan Isyak 165 ditambah lagi dengan tahajjud dan zikrullah 14444, dan
hampir dikatakan bahawa setiap waktu sama ada di dalam solat atau di luar, mereka akan sentiasa dalam keadaan berwudhuk dan berzikir. Difahamkan juga, zikir jauhar atau sirr di dalam Garuda Sakti mengikut bilangan nabi, rasul begitu juga bilangan wali-wali Allah. Apa yang lebih menarik lagi adalah, jalan kembali dan penyucian diri di dalam amalan itu menjurus kepada jalan kembali
kepada Allah atau dikenal kepada 'jalan kematian'. Walau bagaimanapun, menurut Haji Supathir apa yang
lebih penting didalam Garuda Sakti adalah menjadi Hamba Sejati dan mempelajari seni bela diri sebagai ibu kepada setiap yang bernama seni, sebagai mana menurut beliau setiap perkara ada rukunnya dan didalam ilmu Garuda Sakti, rukun itu menjadi asas dalam setiap gerak dan diam. Garuda Sakti juga sudah membuktikan kehebatannya dari zaman penjajah hinggalah abad ke21 ini.
Menurut Bapak Hj.Supathir lagi, bagi Bapak, betapa hebatnya dunia ini sekarang, ikatan khalimah Suhadah tidak pernah berubah bahkan tidak ada ilmu yang lebih tinggi dari ilmu Kalimah Allah. Bagi pengamal Garuda Sakti yang berada hampir disegenap pelusuk tanah air, Brunei, Sabah dan Sarawak, bapak berpesan supaya
jangan sesekali riak serta takbur, jika bapak yang sudah uzur ini begini masih kuat berzikir, jangan kalian yang masih muda melupakannya. Dengan Allah, " kita manusia jangan biadab!!!!!" Ingat pesan bapak lagi, " Kita orang Islam, senjata yang paling ampuh adalah doa ", Itulah senjata mukmin dan balasannya adalah kabul, hati-hati dengan doa orang mukmin. Kesimpulannya didalam Ilmu Garuda Sakti diakhir perjalanan setiap insan pasti
mengenal jalan kembalinya, jalan damai yang tidak berhujung dibalik ilmu perang yang bukan kepalang, hingga warna selempang, pakaian dan pedang menjadi
sewarna, sedarah, serasa didalam paduan kalimah Thoibah.
PERJUANGAN GARUDA
Berjuta nyawa yang hilang
terpenggal dan berpisah dari leher sendiri
Garuda bangkit berdiri saksi
Bukan engkau memanah ketika engkau memanah
Bukan engkau melontar ketika engkau melontar
Garuda terbang semakin meninggi
dalam zikir yang menghilang
dalam rasa yang paling rahsia,
antara Tuhan dan hamba
Jikapun aku sampaikan apa yang aku rasa
nescaya darah ku juga halal sebagai mana halalnya
darah musuh dimata pedang ku
bila warna selempang dan darah menjadi sama
bila kilauan pedang dimerahi darah
dari hulu kehilir pedang
tajamnya lidah pedang menumpukan lidahku
sebelum aku membujur lalu
kembalikan aku pada keesaan
diatas tengkuk Garuda sakti yang meninggi!
Ampunkan aku...................
Bapak Hj.Supathir Parto
( Panglima merangkap Pengasas Garuda Sakti )
gagasangarudasakti.ning.com